Selasa, 31 Ogos 2010

8 amalan jadi wanita solehah...

Apakah kriteria-kriteria yang perlu ada kalau nak jadi wanita solehah ni?
senang aje sahabat-sahabat...khusus untuk sahabat-sahabat perempuan saya dan amnya untuk wanita-wanita semuslim.

Pertama: Dirikan Solat

Apabila dah baligh lelaki mahupun perempuan, Dia wajib dirikan sembahyang lima waktu sehari semalam. Kewajipan itu amat dituntut sehingga tiada ruang yang membolehkan seseorang itu meninggalkannya kecuali dalam keuzuran seperti haid dan nifas. Rajin-rajinlah melakukan solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat dalam sembahyang wajib.

Kedua: Menjaga Solatnya

Bukan sahaja wajib menunaikan solat malahan khusyuk dalam solat turut dituntut. Selain khusyuk, perlu juga beristiqamah iaiti berterusan mengerjakan dan manjaga waktunya.

Ketiga: Bersyukur dan Redha

Sebagai wanita muslimah, walaupun terdedah dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam menghadapi kehidupan, sentiasalah redha dengan apa jua ketentuan Allah s.w.t. kalau nk bahagia, emosi mesti stabil dalam apa jua keadaan sekalipun. Bila susah kita redha dan bila senang kita bersyukur.

Keempat: Selalulah Bersedekah/ Infak

Murah hati itu adalah sifat yang mulia. Mulianya bersedekah itu sehinggakan malaikat berdoa agar orang-orang memberi infak itu Allah akan gantikan dengan ganjaran yang berlipat ganda. "tangan yang diatas lebih baik daripada tangan yang dibawah".

Kelima: Menjaga Maruah Diri

Selain itu, perlulah memelihara maruah dirinya. Dalam kata lain, lelaki diharamkan mengadakan hubungan seks dengan wanita yang bukan isterinya yang sah.Begitu juga dengan perempuan. jauhila zina dan segala perbuatan yang boleh menghampirkan diri kepada zina. Untuk menjadi wanita solehah, perlulah memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhkan diri daripada berlakunya perbuatan keji ini.

Keenam: Takut Murka Allah

Perlulah sentiasa patuh kepada perintah Allah s.w.t dan menjauhi larangannya. Dalam hati sentiasa ada rasa takut untuk melakukan apa jua dosa dan maksiat. rasa takut itu bukan kerana takut dimarahi suami, kepada tetangga dan masyarakat atau dilihat sesiapa tapi tetapi takut kepada balasan Allah s.w.t di akhirat kelak.

Ketujuh: Menjaga Amanah

Amanah adalah yang janji yang dipegang teguh dan ditunaikan oleh seseorang. Amanah adalah sifat terpuji yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Amanah sesama manusia ialah menunaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa, saudara mara, jiran tetangga, sehabat handai, pemimpin, masyarakat dan sebagainya. Tentang amanah dan janji tidak akan terlepas dari disoal di akhirat kelak.

Kelapan: Menjadi Saksi

Sebagai umat Islam, kita dituntut menjadi saksi dimula pengadilan kalau kita tahu bagaimana ia berlaku atau menyaksikan dihadapan mata bagaimana ianya terjadi. Apa yang berlaku kini, ramai yang enggan menjadi saksi dan ianya akan disoal di akhirat kelak. Orang yang lebih baik disisi Allah s.w.t ialah yang berani tampil menjadi saksi tanpa diminta sekiranya dia melihat atau mengetahui bagaimana kejadian sebenarnya berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan